Sunday, 26 April 2015

Section one : B ) Entrepreneurial traits

1.0  LATAR BELAKANG
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan satu nama besar yang merupakan tokoh bumiputera yang berjaya dan terkenal. Beliau menjadi seorang tokoh bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion dan namanya juga amat masyhur dengan baik didalam mahupun luar Negara. Beliau melibatkan diri dalam segala aspek perniagaan. Antara bidang yang mempunyai kepentingan dalam perniagaannya ialah pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan. Beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari dilahirkan ke dalam keluarga kelas pertengahan rendah di utara Semenanjung Malaysia. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah.
            Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bharu. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s. Pendidikan yang tertinggi adalah hanya sehingga tingkatan lima, dan dia tidak pernah pergi ke universiti. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak mempunyai pengetahuan. Banyak pengetahuan dan pengalaman beliau telah diperoleh melalui pengalaman keusahawanan sendiri semasa mudanya.
 
2.0 CIRI-CIRI USAHAWAN
2.1 Keupayaan Untuk Belajar Dari Kesalahan
Disebabkan oleh latar belakang keluarga yang miskin, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari terpaksa melangkah ke dunia bekerja dalam kehidupan awal beliau, pada masa yang sama mengikuti pengajian rendah dan menengah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasar dan juga menjual roti canai. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah.  Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Pengetahuan angka beliau digunakan untuk membantu bapanya dalam melakukan buku simpanan harian.
Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu bapanya dalam perniagaan lembu penternakan tetapi perniagaan itu muflis akibat penyakit kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, beliau mengambil alih perniagaan dan mula semula dengan menjual daging. Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Hal ini menunjukkan bahawa beliau berusaha untuk bangun kembali dari kegagalan penternakan lembu yang muflis akibat penyakit kaki dan mulut melalui mencari inisiatif lain dengan mengambil alih perniagaan menjual daging. Beliau menggunakan pelbagai cara dan peluang yang ada untuk memajukan perniagaan yang beliau lakukan.
2.2 Serba Boleh
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang usahawan yang serba boleh. Ciri usahawan ini dapat dilihat melalui penglibatan beliau dalam pelbagai bidang keusahawanan. Beliau menceburi diri dalam aktiviti perniagaan pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan. Hal ini menujukkan beliau merupakan seorang usahawan yang serba boleh.
Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Tan Sri Syed Mokhtar kemudian menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
 
Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menumpukan usaha beliau kepada bidang yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.Kejayaannya dapat dilihat dengan penguasaan sebanyak 90 peratus ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun 1993. Beliau juga telah berjaya mendapat satu projek mega apabila Seaport diberi penyerahan selama 30 tahun untuk membina Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Seaport memiliki 60 peratus daripada projek Pelabuhan Tanjung Pelepas dan menjadikan beliau sebagai pemegang saham yang terbesar. Beliau telah mendapat pujian oleh kerajaan kerana kejayaannya mengendalikan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dimana beliau berjaya menguruskan pelabuhan tersebut menjadi satu pelabuhan yang cergas di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia. PTP berjaya menarik minat syarikat perkapalan Taiwan Evergreen Marine Corporation seperti yang diumumkan akan memindahkan seluruh operasi kontenanya ke Johor daripada Singapura. Ia merupakan satu projek yang akan memacu rencana kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara sebagai hak perkapalan yang termaju di rantau ini.
 
Pada 1977, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd dan beroperasi di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Syarikat ini diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan. Pada 1979,Syed Mokhtar menubuhkan syarikat usahasama, Susu Mas Sdn. Bhd (51 %) dengan New Zealand Milk Products (49 %). Pelbagai produk diedarkan dengan jenama Fernleaf dan Anchor.Pada 1985, Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.Tahun 1978, beliau menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo
Perdagangan Canton, China. Beliau berjaya menjalankan sistem barter , iaitu menukarkan koko dari Malaysia dengan teh dari China.
Penglibatan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari dalam pelbagai bidang perniagaan menunjukkan beliau merupakan seorang usahawan yang serba boleh. Dengan usahanya yang berterusan beliau berjaya mencipta nama dalam semua aspek perniagaan. Beliau merupakan usahawan yang berjaya memenuhi cirri-ciri usahawan yang berjaya.
2.3 Berpandangan Jauh
Kisah kejayaan dalam bidang perniagaan beliau bermula dengan membantu ibu dan bapanya berniaga lembu sekitar tahun 1960-an. Namun perniagaan lembu mereka tidak bertahan lama ekoran wabak penyakit yang melanda pada ternakan mereka. Oleh itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil inisiatif lain dengan meminta bantuan MARA, seterusnya memulakan perniagaan lori pada tahun 1970-an. Syarikat lori yang dikenali sebagai Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Terkenal sebagai seorang yang berpandangan jauh, usaha beliau tidak terhenti pada tahap itu sahaja. Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar telah membeli rumah kedai beliau  yang pertama di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).  Pada tahun berikutnya, beliau mengembangkan lagi empayar perniagaannya dengan menubuhkan  Syarikat Shah sebagai pembekal beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan Sergam Sdn Bhd setelah berjaya memperolehi lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi  Negara atau BERNAS. Tan Sri Syed Mokhtar menyifatkan kejayaan beliau dalam perniagaan adalah hasil langkah kerajaan dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sejak dari itu, perniagaan milik Tan Sri Syed Mokhtar terus berkembang pesat hingga beliau dianugerahkan sebagai salah seorang tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia, seterusnya mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Business sebagai orang ke-7 terkaya di Malaysia pada tahun 2005 dan orang ke-50 terkaya di Malaysia oleh Forbes pada tahun 2013.
2.4 Inisiatif
Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menumpukan usaha beliau kepada bidang yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.
Kejayaannya dapat dilihat dengan penguasaan sebanyak 90 peratus ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun 1993. Beliau juga telah berjaya mendapat satu projek mega apabila Seaport diberi penyerahan selama 30 tahun untuk membina Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Seaport memiliki 60 peratus daripada projek Pelabuhan Tanjung Pelepas dan menjadikan beliau sebagai pemegang saham yang terbesar.
 Beliau telah mendapat pujian oleh kerajaan kerana kejayaannya mengendalikan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dimana beliau berjaya menguruskan pelabuhan tersebut menjadi satu pelabuhan yang cergas di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia. PTP berjaya menarik minat syarikat perkapalan Taiwan Evergreen Marine Corporation seperti yang diumumkan akan memindahkan seluruh operasi kontenanya ke Johor daripada Singapura. Ia merupakan satu projek yang akan memacu rencana kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara sebagai hak perkapalan yang termaju di rantau ini.
 
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Secara persendirian, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga memiliki SKS Ventures Sdn. Bhd di mana beliau telah diberi tanggungjawab menjalankan projek membina 2100MW tapak ‘gas-fired‘ di Tanjung Bin, Johor.
Beliau juga mempunyai kepentingan di dalam PERNAS di mana Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memiliki 32% saham melalui syarikat Restu Jerneh. Beliau juga turut memiliki kepentingan di dalam Fiamma Holdings Berhad di mana terdapat 18.68% saham diperoleh melalui Syarikat Perdana Padu Sdn Bhd dan Corak Kukuh Sdn Bhd miliknya. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad di mana beliau merupakan pemegang saham secara individu sebanyak 7.34 %.
2.5 Kesedaran Etika
Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.
            Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskan beliau telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.
            Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM775 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah.
            Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
3.0 KESIMPULAN
Tan Sri Syed Mokhtar merupakan usahawan bumiputera yang mempunyai cirri-ciri usahawan yang berjaya. Beliau telah membuktikan dengan usahanya dia mampu membina dan menempah nama dalam bidang perniagaan dengan jayanya. Kesusahan hidup tidak menjadi penghalang kepada beliau untuk berjaya dalam bidang yang beliau ceburi. Berkat semangat dan usaha beliau berjaya membina nama yang besar sama ada di dalam atau luar Negara.
             Sebagai "JutawanDermawan", sifat murni yang dipupuk sejak kecil oleh kedua ibubapanya, Tan Sri Syed Mokhtar  seorang yang sentiasa rendah diri dan tidak pernah lokek dengan ilmu serta rahsia kejayaannya di dalam bidang perniagaan. Dipetikdari Syed Mokhtar Albukhary: A Biography karangan Premilla Mohanlall ,beliau ada berkata, "Ibu saya mengajar kami bahawa kita tidak memiliki apa-apa sehinggalah kita memberinya dengan sepenuh hati, dengan harapan ia akan membuatkan hidup orang lain menjadi lebih baik." Ternyata sikap rendah diri amat dititikberatkan oleh beliau apabila beliau berkata, "Pengajaran bagi saya adalah bahawa kita mesti sentiasa ingat asal-usul kita, dari mana kita datang, dan merendah diri apabila dikurniakan nasib yang baik. Jikatidak, kita mungkin jatuh."
            Terdapat banyak ciri usahawan yang ditunjukkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar yang dapat dijadikan contoh untuk diikuti. Kita hendaklah sentiasa berusaha dan bermula dari bawah untuk mencapai segala impian dan kejayaan di masa hadapan.
 
 
4.0 RUJUKAN
 
Tan Hwa Teng  Usahawan Dan Keusahawanan (Wednesday, 26 February 2014) diakses pada 1 April 15 daripada http://helentanhwateng.blogspot.com/2014/02/tan-sri-syed-mokhtar-albukari.html
Islam itu Suci Biodata Penuh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary diakses pada 1 April 15 daripada http://islam-suci.blogspot.com/2011/06/biodata-penuh-tan-sri-syed-mokhtar-al.html
 
 

No comments:

Post a Comment