Sunday, 26 April 2015

Section one : A ) Entrepreneurial traits

1.0 PENGENALAN
Perkataan usahawan dalam Bahasa Inggeris ialah “entrepreneur”. Ianya berasal daripada bahasa Perancis iaitu “entreprende” yang  bermaksud memikul tugas atau mencuba. Perkataan entrepreneur telah mula digunakan oleh Richard Cantillon kira-kira pada tahun 1775 . Menurut buku yang di tulis oleh Rosli Mahmood et al, usahawan boleh ditakrifkan sebagai seseorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga Berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategic untuk terus berjaya.
Terdapat pelbagai pandangan tentang usahawan , keusahawanan, dan teori keusahawanan. Menurut Richard Cantillon,seorang ahli ekonomi Perancis campuran Irish mendefinisikan usahawan sebagai individu yang membeli faktor-faktor pengeluaran pada harga tertentu dan membuat ciptaan baru, menjualnya pada masa hadapan dengan harga yang tidak pasti. Kesannya, usahawanakan menanggung risiko, samaada rugi atau untung. Kamus Webster’s New World menyatakan usahawan ialah seseorang yang mengorganisasi dan mengurus pengambilalihan, mengandaikan risiko demi keuntungan.  Hull, Bosley dan Udel (1980) mengatakan usahawan sebagai individu-individu yang membeli atau mewarisi perniagaan sedia ada dengan niat (dan usaha berterusan) meluaskannya. Dalam buku yang ditulis oleh Rosli Mahmood et al, Meredith, Nelson dan Neck (1982) mencadangkan bahawa usahawan-usahawan adalah orang yang mampu melihat dan menilai peluang-peluang perniagaan, menggabungkan keperluan sumber-sumber untuk mengambil peluang serta tindakan bersesuaian demi memastikan kejayaan.  McClelland (1961), menyatakan usahawan sebagai berdaya inovatif dan kehendak pencapaian tinggi.
Usahawan Berjaya  cenderung ke arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai kawalan dalaman yang tinggi. Schumpter(1934), mendefinisikan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraan organisasinya sendiri.
 
2.0 CIRI-CIRI USAHAWAAN
 
2.1 Keupayaan Untuk Belajar Daripada Kesalahan
IRFAN KHAIRI


Noor irfan khairi noor azmi belajar di University Teknologi Mara (UITM) dan di mengambil Jurusan Ijazah Sarjana Muda Multimedia Design di Staffordshire University, United Kingdom. Selepas tamat pengajian di UK, Irfan Khairi  mendapat tawaran  bekerja di Net Media (UK) Ltd , sebuah syarikat teknologi besar di Brimingham. Pada tahun kedua bekerja di syarikat tersebut, beliau memulakan  perniagaan internet  yang beroperasi dari kediamannya secara sambilan.
Beliau seorang yang bercita- cita tinggi. Sejak berusia 19 tahun, beliau telah memasang niat di dalam hati bahawa beliau ingin menjadi seorang jutawan suatu hari nanti. Kata beliau, “jika kita mahukan sesuatu, kita perlu ada matlamat. Tanpa matlamat kita tidak tahu arah tujuan kita”.
Dalam tempoh setahun , beliau mendapat pendapatan yang lumayan, Irfan Khairi mengambil keputusan untuk berhenti bekerja dan memberi sepenuh perhatian beliau pada perniagaannya. Selepas 3 tahun  perniagaannya beroperasi, beliau mendapat keuntungan bersih RM1 juta pada usia 25 tahun. Pendapatan itu telah melayakkannya bergelar jutawan seperti yang dicita- citakannya dahulu.
Irfan Khairi seorang pakar dalam perniagaan internet, personaliti tv dan radio. Beliau seorang yang serba boleh dalam melakukan sesuatu. Selain itu, beliau menjadi host tv dan radio telah menemubual ramai jutawan di Malaysia dalam Program Radio 24 Bicarawan. Jadi beliau banyak maklumat tentang rahsia-rahsia kejayaan untuk menjadi jutawan. Di samping itu, beliau juga penulis buku yang terlaris dan juga personaliti radio dalam bidang kejayaan dan kekayaan(success & wealth).
Irfan khairi memang tidak pernah berputus asa untuk melakukan sesuatu dan sering berkongsi ilmu kejayaannya dengan smua orang. Kepakaran irfan khairi adalah dalam mencungkil keupayaan dan potensi diri para audiens serta memberi inspirasi dan strategi dalam mencapai sesuatu kejayaan. Kata – kata Irfan Khairi “takut kepada kegagalan adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya Gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan.”.Itulah ciri usahawan irfan khairi yang serba boleh dalam pelbagai bidang.

2.2 Tegas
FAIZA BAWUMI SAYED AHMAD.
 

Nama beliau ialah Faiza Bawumi Sayed Ahmad. Beliau adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn Bhd. Pada tahun1964, wanita kelahiran mesir ini berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya. Setelah tiga bulan berada di Malaysia, beliau mampu menguasai Bahasa Melayu dan fasih berbahasa melayu kerana sikap beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran- jirannya.
Puan Faiza Bawumi seorang yang aktif. Jikalau ada masa terluang , beliau akan melakukan aktiviti yang berfaedah. Beliau mengambil upah menjahit sulaman dengan modal sebanyak Rm4 dan menjual berbagai- bagai barangan dapur. Selain itu, beliau juga membuat baju gaun untuk anak-anak kecil jirannyadan set sarung bantal. Hasil jahitannya yang sangat kemas dan cantik itu dijualkan kepada kawan- kawannya.
Melalui bisnesnya secara kecil – kecilan ini, beliau menabung wang bagi menjadikan sebagai modal untuk mengembangkan perniagaannya. Selepas itu ,beliau mebuka dan memperkenalkan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India.Perniagaan beliau sangat mendapat sambutan walaupun mendapat persaingan yang hebat.
Dengan mempunyai ciri  tegas itu, beliau masih sibuk merancang strategi untuk mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai perniagaan di Negara ini walaupun telah berusia 60-an. Syarikat beliau kini telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, 100% buatan  islam dan dijamin halal.penghasilan produk tersebut ia memberi peluang kepada orang islam untuk mendapatkan produk yang bagus. Sikap tegasnya telah menjadikannya seorang usahawan yang terkenal dan dapat memiliki sebuah Syarikat Faiza. Puan faiza berkata “semua usaha yang dilakukan bukanlah untuk mendapatkan kekayaan tetapi untuk menjadi pembayar zakat terbesar dan dapat membantu lebih ramai orang miskin”.
 
2.3 Berpandangan Jauh
DATUK LOH BOONSIEW


Datuk Loh BoonSiew berasal dari Kampung Hui, daerah Fukian, sebuah wilayah yang di anggap paling miskin di China pada satu ketika dahulu. Kehidupan keluarga Datuk Loh sangat miskin menyebabkan beliau tidak pernah berpeluang ke sekolah.
Menurut sejarah, Tan Sri adalah seorang yang buta huruf dan tidak boleh membaca. Walaupun beliau tidak boleh menulis mahupun membaca, namun daya ingatan Tan Sri adalah sangat baik dan beliau sering bergantung kepada ingatannya dalam membuat sebarang pertimbangan dan keputusan. Salah satu ciri usahawan yang terdapat pada Tan Sri ialah berpandangan jauh.
Begitu juga, Tan Sri dilihat sebagai seorang yang mempunyai wawasan yang tinggi untuk syarikat yang beliau tubuhkan untuk membawa masuk motorsikalHonda ke Malaysia. Ini dapat dilihat dengan terbinanya kilang motorsikal yang pertama di Malaysia iaitu BoonSiewAssemblyPlant milik BoonSiew Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Mak Mandin, Pulau Pinang. Dengan terbinanya kilang ini pada tahun 1969, motorsikalHonda tidak lagi dipasang di Jepun tetapi ia dipasang di Malaysia seterusnya dapat menjimatkan kos pemasangan dan jualan.
Dengan sikap yang berpandangan jauh inilah yang memacu Tan Sri Loh BoonSiew untuk terus berjaya terutama dalam bidang permotoran. Tidak semua usahawan mempunyai kemampuan untuk melihat ke hadapan seperti Tan Sri. Sikap positif ini senjata utama di dalam usaha beliau untuk terus bergerak maju di dalam industri permotoran Malaysia.
2.4  Inisiatif
TAN SRI TONY FERNANDES



Tan Sri AnthonyFrancisFernandes dilahirkan pada 30 April 1964 di Kuala Lumpur merupakan seorang pengasas syarikat Tune Air Sdn Bhd. Bapanya bernama StephenEdwardFernandes manakala ibunya bernama EnaDorothyFernandez. Pada usia muda, Tony selalu mengikuti ibunya seorang pengusaha kepada pihak peniaga Tupperware dan konvensyen..
Beliau mendapat pendidikan di Epsom College 1977hingga1983 dan kemudian lulus dari LondonSchoolofEconomics pada tahun 1987. Beliau bekerja sebentar dengan VirginAtlantic sebagai seorang juruaudit, kemudiannya menjadi pengawal kewangan untuk Rekod VirginRichardBranson di London dari 1987 hingga 1989.
Tan Sri mempunyai ciri inisiatif diri dalam bidang perniagaan. Sebagai contoh, beliau sangat bijak kerana memulakan perniagaan dengan bermodalkan hutang sedia ada pada syarikat yang dibelinya. Beliau tidak mengalah tetapi memandang keadaan ini dari sudut positif.
Beliau menggunakan inisiatif dengan mengurangkan harga kos penerbangan dan menawarkan harga yang menarik kepada pelanggan. Perancangannya berjaya dan Air Asia berjaya hati ramai orang yang pertama kali menaiki pesawat penerbangan dan ia menjadi hebahan tentang tiket tambang murah ini. Kejayaan beliau semakin luas ke pelbagai bidang seperti perhotelan, sukan formula satu dan banyak lagi. Daripada ciri tersebut, kita dapat lihat pentingnya bertindak dan tidak mengalah dengan situasi yang rumit
2.5 Kecekapan Masa
DATUK WAN MOHAMMAD SANI SALLEH


Datuk Wan Mohammad Sani Salleh dilahirkan pada 24 Julai 1976 di Kuala Ibai Kuala Terengganu. Beliau mengambil jurusan perniagaan dan memperoleh Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway. Kini beliau menjawat jawatan Pengarah Urusan Sani United Sdn.Bhd (SUSB).
Ia bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu. Dengan itu, beliau mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya. Pada tahun 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan.
Sebelum ini , beliau mempunyai dua orang rakan kongsi akan tetapi rakan kongsinya menarik diri menyebabkan beliau dipertanggungjawabkan seorang diri dan beliau perlu membuat keputusan sendiri tanpa dirujuk kepada sesiapa. Daripada ini, kita dapat lihat bahawa beliau menggunakan ciri usahawan iaitu kecekapan masa. Beliau sangat menitikberatkan kepentingan masa kerana setiap keputusan yang dilakukan akan mendatangkan keuntungan atau kerugian kepada perniagaannya.
Selain itu, sikap berani mencuba pelbagai bidang sebelum menceburi bidang perniagaan dan sikap yang tidak berputus asa dalam menjalankan perniagaan walaupun pernah menghadapi masalah dengan rakan kongsinya boleh dijadikan pengajaran kepada kita.
2.6 Serba Boleh
KRU


Maksud perkataan versatile adalah serba boleh, serba guna,cekap,menyesuaikan diri dengan pebagai keadaan.
Siapa yang tidak kenal dengan kumpulan penyanyi yang diberi nama KRU ini. Mereka sangat popular di Malaysia pada awal kemunculan mereka sehingga kini. Kumpulan ini dianggotai seramai 3 orang lelaki iaitu Norman b Abdul Halim, Edry bin Abdul Halim dan Yusry bin Abdul Halim.Ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang emak saudara mereka membeli keyboard mainan untuk Norman sempena hari jadinya, turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.
Ketika adik-beradik bin Abdul Halim menghabiskan waktu remaja mereka di London, mereka terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat. Pada masa itu muzik Melayu dipenuhi lagu berentak jiwang dan rock balada. Mereka juga merupakan penyokong pasukan bola sepak Selangor, pernah menulis lagu rap bertajuk Viva Selangor untuk pasukan kegemaran mereka, disusuli oleh lagu Merah Kuning. Ketika itu mereka dikenali sebagai SRU – Selangor Rappers Unit.
Semenjak itu, Norman, Yusry dan Edry mula menulis lebih banyak lagu original. Tanpa pengetahuan mereka seorang rakan sekampus Norman menghantar demo mereka kepada syarikat rakaman EMI (Malaysia). Pengurus syarikat ketika itu, Calvin Wong, menyukainya dan memanggil adik-beradik itu untuk ujibakat. Tidak lama kemudian, pada 19 Mei 1992, lahirnya kumpulan KRU.
Kumpulan KRU merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an. Mereka telah terlibat dalam pelbagai kontroversi tetapi mereka masih dapat bertapak dalam industri muzik Malaysia dengan kukuh hingga sekarang.
Kini Kumpulan KRU telah berjaya membina pencapaian dan kejayaan melalui muzik yang dibawa oleh mereka dan dilabelkan sebagai KRU Records. Mereka kemudiannya mengembangkan perniagaan dalam dunia perfileman dengan tertubuhnya KRU Motion Pictures yang kemudiannya digabungkan di bawah KRU Studios. Ini menujukkan ketiga-tiga beradik ini mempunyai mempunyai semnagat yang tinggi, serba boleh dan berbakat.
Antara kejayaan filem mereka ialah Cicakman iaitu filem sulung mereka dimana ia mendapat sambutan dengan kutipan lebih RM5 juta. Kemudian filem Hikayat Merong Mahawangsa dengan jumlah kutipan sebanyak RM6,6 juta selain filem Karak yang tidak kurang hebatnya mencatat kutipan sebanyak RM4 juta. Kini KRU terus merancang untuk menerbitkan lebih banyak filem cereka, walaupun begitu KRU tidak akan mengabaikan dunia muzik mereka dengan sentiasa memberi tumpuan kepada penghasilan album-album baru dan melahirkan bakat-bakat baru dalam industry seni muzik.
Kejayaan tiga beradik ini sepatutnya dijadikan contoh kerana telah berjaya membina empayar perniagaan dalam industri hiburan dengan cemerlangnya.
 
2.7 Kesedaran Etika
 
DATUK DR CHE ROZMEY CHE DIN


 
Datuk Dr Che Rozmey Che Din ialah seorang usahawan di Malaysia. Beliau memulakan syarikat beliau sendiri Herba Prima Marketing di Bandar Darulaman Jaya, Jitra, Kedah Darul Aman.Beliau mempunyai ijazah perubatan (MD) dari USM pada 1993, diikuti sarjana perubatan (M.MED O & G) pada 1999, juga dari USM. Seterusnya beliau mendapat diploma farmakologi pada 2001.
Datuk Dr Che Rozmey Che Din merupakan seorang tokoh usahawan Melayu yang telah mengecapi dan mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan dengan begitu cemerlang dan patut diteladani oleh usahawan-usahawan bumiputera yang lain. Kejayaannya bukanlah dapat dinikmati dalam sekelip mata, tetapi terpaksa mengharungi dengan pelbagai cabaran dan halangan. Dengan berbekalkan keyakinan diri dan ketabahan serta kecekalan hatinya, beliau telah dapat mengembangkan perniagaannya dari sebuah syarikat pengeluar produk makanan kesihatan, Herba Prima Marketing Sdn Bhd (HPM) yang diasaskan oleh Datuk Dr Che Rozmey Che Din bersama arwah isterinya, HPM mengorak langkah dengan begitu pantas apabila berjaya membina empayar perniagaan dalam tempoh dua tahun sahaja.
Salah satu ciri usahawan yang dapat dilihat dalam diri beliau adalah kesedaran etika. Ciri ini dapat dilihat melalui penyerahan van kepada Pusat Jagaan Rumah Anak Yatim Hembusan Kasih, Arau yang merupakan sebahagian daripada aktiviti Yayasan dR Rozmey. Pemberian ini kerana kesukaran mereka untuk bergerak ke sesuatu tempat akibat kenderaan yang dimiliki sekarang telah uzur dan tidak mencukupi untuk menampung bilangan penghuni pusat jagaan terbabit yang semakin bertambah dari hari ke hari. Penyerahan van terbabit diadakan dalam majlis ringkas pada 22 Jun 2013 yang turut dihadiri Pengurus pusat jagaan terbabit termasuk anak-anak yatim yang menjadi penghuni di situ. Dengan adanya van ini, ianya akan lebih memudahkan aktiviti yang bakal dijalankan, jika sebelum ini mereka hanyalah dapat bergerak dalam kawasan terdekat sahaja, selepas ini mungkin dapat membawa anak-anak ini ke tempat luar yang lebih menarik.
Selain itu, Datuk Dr Che Rozmey Che Din juga mengeluarkan infaq yang besar iaitu lebih RM3 juta bagi membantu saudara seagama di Syria. Mengikut pecahan sumbangan yang disalurkan menerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Malaysia Life Line for Syria (MLLFS) ini termasuk RM150,000 untuk dana kecemasan musim sejuk (MAPIM), RM10,000 untuk dana kecemasan musim sejuk (MLLFS), RM3 juta untuk pembinaan sebuah hospital dan RM20,000 untuk pembinaan Maahad Tahfiz di Aleppo.
Ciri usahawan yang ada pada beliau haruslah dicontohi oleh usahawan bumiputera yang lain . Kejayaan yang dikecapi beliau sekarang turut dikongsi dengan golongan yang kurang bernasib baik.
3.0 PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, setiap usahawan perlulah mempunyai ciri-ciri yang sepatutnya ada pada seorang usahawan iaitu sentiasa berintegriti dan bersifat kebolehpercayaan . Selain itu , usahawan yang Berjaya juga sentiasa berinisiatif tinggi demi menjaga perniagaannya . Manakala usahawan yang versatile akan menjadikan perniagaannya sentiasa maju. Bukan itu sahaja, sifat tegas juga akan menjadikan seseorang usahawan itu sentiasa memastikan perjalanan perniagaannya berjalan dengan lancar. Setiap perniaagaan juga perlukan kecekapan masa bagi mengeluarkan produk mereka. Jadi usahawan perlu memastikan kecekapan masa dapat dicapai.
Seorang usahawan yang Berjaya juga mestilah berkeupayaan belajar dari kesilapan kerana daripada kegagalan seseorang itu boleh berjaya. Tanpa kegagalan, seseorang itu tidak akan pernah mencuba. Kemudian, seorang usahawan perlulah mempunyai kesedaran etika yang tinggi. Hal ini penting kerana ia menunjukkan sifat yang baik dan ianya di tuntut dalam agama dan nilai masyarakat. Seterusnya, ialah usahawan perlulah berpandangan jauh. Sifat ini membolehkan seorang usahawan itu mengembangkan perniagaannya menjadi lebih baik di samping mengelakkan daripada fikiran yang negative kerana sifat berpandagan jauh ini menunjukkan seseorang itu sentiasa berfikiran positif.
 
4.0 RUJUKAN
 
PERDASAMA Nasional  KRU Studios  Potensi Industri Seni Kreatif Sebagai Perniagaan Yang Menjana Keuntungan (Friday, 29 July 2011) diakses pada 1 April 15 daripada http://perdasama360.blogspot.com/2011/07/kru-studios-potensi-industri-seni.html
Good Shop Jutawan Motorsikal diakses pada 1 April 2015 daripada http://goodshopitassgmnt2.blogspot.com/
NilamSoft Sdn Bhd 10 Usahawan Wanita yang Berjaya di Malaysia diakses pada 1 April 15 daripada http://nilamsoft.blogspot.com/2013/03/10-usahawan-wanita-yang-berjaya-di.html
Good Shop Irfan Khairi Jutawan Internet (Sabtu, 19 November 2011) diakses pada 1 April 15 daripada http://goodshopitassgmnt2.blogspot.com/2011/11/irfan-khairi-jutawan-internet.html
 

Section one : B ) Entrepreneurial traits

1.0  LATAR BELAKANG
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan satu nama besar yang merupakan tokoh bumiputera yang berjaya dan terkenal. Beliau menjadi seorang tokoh bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion dan namanya juga amat masyhur dengan baik didalam mahupun luar Negara. Beliau melibatkan diri dalam segala aspek perniagaan. Antara bidang yang mempunyai kepentingan dalam perniagaannya ialah pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan. Beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.
Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari dilahirkan ke dalam keluarga kelas pertengahan rendah di utara Semenanjung Malaysia. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah.
            Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bharu. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s. Pendidikan yang tertinggi adalah hanya sehingga tingkatan lima, dan dia tidak pernah pergi ke universiti. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak mempunyai pengetahuan. Banyak pengetahuan dan pengalaman beliau telah diperoleh melalui pengalaman keusahawanan sendiri semasa mudanya.
 
2.0 CIRI-CIRI USAHAWAN
2.1 Keupayaan Untuk Belajar Dari Kesalahan
Disebabkan oleh latar belakang keluarga yang miskin, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari terpaksa melangkah ke dunia bekerja dalam kehidupan awal beliau, pada masa yang sama mengikuti pengajian rendah dan menengah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasar dan juga menjual roti canai. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah.  Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Pengetahuan angka beliau digunakan untuk membantu bapanya dalam melakukan buku simpanan harian.
Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu bapanya dalam perniagaan lembu penternakan tetapi perniagaan itu muflis akibat penyakit kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, beliau mengambil alih perniagaan dan mula semula dengan menjual daging. Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Hal ini menunjukkan bahawa beliau berusaha untuk bangun kembali dari kegagalan penternakan lembu yang muflis akibat penyakit kaki dan mulut melalui mencari inisiatif lain dengan mengambil alih perniagaan menjual daging. Beliau menggunakan pelbagai cara dan peluang yang ada untuk memajukan perniagaan yang beliau lakukan.
2.2 Serba Boleh
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang usahawan yang serba boleh. Ciri usahawan ini dapat dilihat melalui penglibatan beliau dalam pelbagai bidang keusahawanan. Beliau menceburi diri dalam aktiviti perniagaan pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan. Hal ini menujukkan beliau merupakan seorang usahawan yang serba boleh.
Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Tan Sri Syed Mokhtar kemudian menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
 
Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menumpukan usaha beliau kepada bidang yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.Kejayaannya dapat dilihat dengan penguasaan sebanyak 90 peratus ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun 1993. Beliau juga telah berjaya mendapat satu projek mega apabila Seaport diberi penyerahan selama 30 tahun untuk membina Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Seaport memiliki 60 peratus daripada projek Pelabuhan Tanjung Pelepas dan menjadikan beliau sebagai pemegang saham yang terbesar. Beliau telah mendapat pujian oleh kerajaan kerana kejayaannya mengendalikan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dimana beliau berjaya menguruskan pelabuhan tersebut menjadi satu pelabuhan yang cergas di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia. PTP berjaya menarik minat syarikat perkapalan Taiwan Evergreen Marine Corporation seperti yang diumumkan akan memindahkan seluruh operasi kontenanya ke Johor daripada Singapura. Ia merupakan satu projek yang akan memacu rencana kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara sebagai hak perkapalan yang termaju di rantau ini.
 
Pada 1977, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd dan beroperasi di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Syarikat ini diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan. Pada 1979,Syed Mokhtar menubuhkan syarikat usahasama, Susu Mas Sdn. Bhd (51 %) dengan New Zealand Milk Products (49 %). Pelbagai produk diedarkan dengan jenama Fernleaf dan Anchor.Pada 1985, Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.Tahun 1978, beliau menyertai delegasi perdagangan ke Ekspo
Perdagangan Canton, China. Beliau berjaya menjalankan sistem barter , iaitu menukarkan koko dari Malaysia dengan teh dari China.
Penglibatan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari dalam pelbagai bidang perniagaan menunjukkan beliau merupakan seorang usahawan yang serba boleh. Dengan usahanya yang berterusan beliau berjaya mencipta nama dalam semua aspek perniagaan. Beliau merupakan usahawan yang berjaya memenuhi cirri-ciri usahawan yang berjaya.
2.3 Berpandangan Jauh
Kisah kejayaan dalam bidang perniagaan beliau bermula dengan membantu ibu dan bapanya berniaga lembu sekitar tahun 1960-an. Namun perniagaan lembu mereka tidak bertahan lama ekoran wabak penyakit yang melanda pada ternakan mereka. Oleh itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil inisiatif lain dengan meminta bantuan MARA, seterusnya memulakan perniagaan lori pada tahun 1970-an. Syarikat lori yang dikenali sebagai Syarikat Kenderaan Sentosa kini memiliki lebih daripada 40 buah lori.
Terkenal sebagai seorang yang berpandangan jauh, usaha beliau tidak terhenti pada tahap itu sahaja. Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar telah membeli rumah kedai beliau  yang pertama di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA).  Pada tahun berikutnya, beliau mengembangkan lagi empayar perniagaannya dengan menubuhkan  Syarikat Shah sebagai pembekal beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan Sergam Sdn Bhd setelah berjaya memperolehi lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi  Negara atau BERNAS. Tan Sri Syed Mokhtar menyifatkan kejayaan beliau dalam perniagaan adalah hasil langkah kerajaan dalam melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sejak dari itu, perniagaan milik Tan Sri Syed Mokhtar terus berkembang pesat hingga beliau dianugerahkan sebagai salah seorang tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia, seterusnya mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Business sebagai orang ke-7 terkaya di Malaysia pada tahun 2005 dan orang ke-50 terkaya di Malaysia oleh Forbes pada tahun 2013.
2.4 Inisiatif
Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menumpukan usaha beliau kepada bidang yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.
Kejayaannya dapat dilihat dengan penguasaan sebanyak 90 peratus ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun 1993. Beliau juga telah berjaya mendapat satu projek mega apabila Seaport diberi penyerahan selama 30 tahun untuk membina Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Seaport memiliki 60 peratus daripada projek Pelabuhan Tanjung Pelepas dan menjadikan beliau sebagai pemegang saham yang terbesar.
 Beliau telah mendapat pujian oleh kerajaan kerana kejayaannya mengendalikan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dimana beliau berjaya menguruskan pelabuhan tersebut menjadi satu pelabuhan yang cergas di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia. PTP berjaya menarik minat syarikat perkapalan Taiwan Evergreen Marine Corporation seperti yang diumumkan akan memindahkan seluruh operasi kontenanya ke Johor daripada Singapura. Ia merupakan satu projek yang akan memacu rencana kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara sebagai hak perkapalan yang termaju di rantau ini.
 
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Secara persendirian, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga memiliki SKS Ventures Sdn. Bhd di mana beliau telah diberi tanggungjawab menjalankan projek membina 2100MW tapak ‘gas-fired‘ di Tanjung Bin, Johor.
Beliau juga mempunyai kepentingan di dalam PERNAS di mana Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memiliki 32% saham melalui syarikat Restu Jerneh. Beliau juga turut memiliki kepentingan di dalam Fiamma Holdings Berhad di mana terdapat 18.68% saham diperoleh melalui Syarikat Perdana Padu Sdn Bhd dan Corak Kukuh Sdn Bhd miliknya. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad di mana beliau merupakan pemegang saham secara individu sebanyak 7.34 %.
2.5 Kesedaran Etika
Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari.
            Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskan beliau telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.
            Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM775 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah.
            Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
3.0 KESIMPULAN
Tan Sri Syed Mokhtar merupakan usahawan bumiputera yang mempunyai cirri-ciri usahawan yang berjaya. Beliau telah membuktikan dengan usahanya dia mampu membina dan menempah nama dalam bidang perniagaan dengan jayanya. Kesusahan hidup tidak menjadi penghalang kepada beliau untuk berjaya dalam bidang yang beliau ceburi. Berkat semangat dan usaha beliau berjaya membina nama yang besar sama ada di dalam atau luar Negara.
             Sebagai "JutawanDermawan", sifat murni yang dipupuk sejak kecil oleh kedua ibubapanya, Tan Sri Syed Mokhtar  seorang yang sentiasa rendah diri dan tidak pernah lokek dengan ilmu serta rahsia kejayaannya di dalam bidang perniagaan. Dipetikdari Syed Mokhtar Albukhary: A Biography karangan Premilla Mohanlall ,beliau ada berkata, "Ibu saya mengajar kami bahawa kita tidak memiliki apa-apa sehinggalah kita memberinya dengan sepenuh hati, dengan harapan ia akan membuatkan hidup orang lain menjadi lebih baik." Ternyata sikap rendah diri amat dititikberatkan oleh beliau apabila beliau berkata, "Pengajaran bagi saya adalah bahawa kita mesti sentiasa ingat asal-usul kita, dari mana kita datang, dan merendah diri apabila dikurniakan nasib yang baik. Jikatidak, kita mungkin jatuh."
            Terdapat banyak ciri usahawan yang ditunjukkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar yang dapat dijadikan contoh untuk diikuti. Kita hendaklah sentiasa berusaha dan bermula dari bawah untuk mencapai segala impian dan kejayaan di masa hadapan.
 
 
4.0 RUJUKAN
 
Tan Hwa Teng  Usahawan Dan Keusahawanan (Wednesday, 26 February 2014) diakses pada 1 April 15 daripada http://helentanhwateng.blogspot.com/2014/02/tan-sri-syed-mokhtar-albukari.html
Islam itu Suci Biodata Penuh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary diakses pada 1 April 15 daripada http://islam-suci.blogspot.com/2011/06/biodata-penuh-tan-sri-syed-mokhtar-al.html